TAIPING: Enggan menjual minyak masak peket bersubsidi dan kononnya semua sudah habis dijual.
Itu perbuatan peniaga di sebuah premis di Kamunting, di sini yang akhirnya membawa kepada pembongkaran penyimpanan minyak masak masak tersebut di situ.
Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Perak, Datuk Kamalludin Ismail, pihaknya melaksanakan pemeriksaan itu pada Rabu, hasil maklumat orang awam.
"Pegawai dan anggota penguat kuasa KPDN Cawangan Taiping telah membuat uji beli melalui Ops Samar.
"Semasa uji beli dilakukan, jurujual memaklumkan minyak masak peket habis dijual.
"Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, pegawai dan penguat kuasa beruniform kemudiannya telah masuk ke dalam premis dan melakukan pemeriksaan menyeluruh.
"Hasilnya, sejumlah minyak masak peket ditemui yang disimpan di dalam stor premis dan ruang kaunter premis berkenaan," katanya pada Rabu.
Beliau berkata, susulan penemuan itu, satu arahan pengisytiharaan stok di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961 telah diberikan kepada penyelia premis.
Selain itu, sebanyak 704 kilogram minyak masak peket yang ditemui disita bagi siasatan lanjut dan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,760.
Kamalludin berkata, kes akan disiasat dibawah Akta Kawalan Bekalan 1961.
"Masyarakat dan pengguna disaran menjadi mata dan telinga pihak berkuasa untuk menyalurkan maklumat berhubung aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi.
"Orang ramai boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana cawangan KPDN berdekatan," katanya lagi.
Aida Aziz
Wed Mar 20 2024
Sejumlah minyak masak peket ditemui yang disimpan di dalam stor premis dan ruang kaunter sebuah premis di Kamunting, Perak, pada Rabu. - Gambar ihsan KPDN Perak
Cabaran hebat menanti Sivasangari, Eain Yow pusingan ketiga Kejohanan Skuasy Dunia
Jaguh skuasy wanita negara S. Sivasangari mengetuai kemaraan pemain Malaysia dalam kempen Kejohanan Skuasy Dunia 2024 di Mesir.
Projek elektrik dari Sarawak ke Singapura akan beroperasi menjelang 2031
Projek sambung tara bekalan elektrik dari Sarawak ke Singapura dijangka akan beroperasi secara komersial pada tahun 2031, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Seri Julaihi Narawi.
Dewan Rakyat belum terima notis, 6 wakil rakyat sokong PM masih kekal MP - Johari
Dewan Rakyat masih belum menerima sebarang notis daripada Bersatu berhubung status keahlian enam Ahli Parlimen parti itu yang menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kelindan rentung, lori terbakar rempuh treler parkir tepi jalan
Seorang kelindan rentung apabila lori yang dinaikinya terbakar selepas melanggar belakang treler berhampiran bulatan Lebuhraya Lingkaran Utama (LTU) dekat Mempaga di sini pada awal pagi Isnin.
Malaysia libat diri secara aktif dengan negara ASEAN kukuhkan ketersambungan tenaga - Fadillah
Melalui pertukaran sumber, pengetahuan dan teknologi, Malaysia boleh mengatasi pelbagai halangan dan mempercepatkan penggunaan teknologi hijau dalam memupuk langkah kolektif ke arah kemampanan.
Sarjan terima rasuah tutup kes cabul didenda RM8,000
Nur Mastisha Maidinsha, 39, dikenakan hukuman itu selepas mengaku bersalah atas satu pertuduhan pilihan, yang dibaca di hadapan Hakim, Suzana Hussin.
Kejadian rompakan dilaporkan berlaku semasa banjir di Brazil
Hujan lebat yang menyebabkan banjir di Porto Alegre, Rio Grande Do Sul, Brazil kini mengundang kepada berlakunya kejadian jenayah.
Penduduk Rumah Panjang harap sosio ekonomi meningkat
Dalam pada itu penduduk Rumah Panjang Nanga Engkuah yang ditemui Astro AWANI menzahirkan rasa syukur dengan pemilihan rumah panjang mereka sebagai Kampung Angkat Madani.
Perlumbaan di Jepun beri nilai tambah buat Azizulhasni
Azizulhasni berkata pihaknya dan pasukan berpuas hati dengan prestasi yang dicapai pada perlumbaan yang berlangsung di Velodrom Izu di Shizuoka, Jepun itu.
Prosedur graf kulit Faisal Halim tunjuk reaksi positif
Prosedur graf kulit atau tampalan kulit untuk menutup luka lecur tahap empat dialami pemain sayap sensasi Harimau Malaya dan Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim yang cedera disimbah asid baru-baru
Peniaga warga asing sorok minyak masak peket, jual kepada orang luar sahaja
Tindakan penyamaran oleh penguat kuasa KPDN bongkar aktiviti menyorok minyak masak bersubsidi.
Peniaga dikenakan tindakan, sorok, enggan jual minyak masak peket bersubsidi
Taktik licik peniaga di sebuah premis di Kamunting akhirnya dikesan pihak berkuasa.
Sorok minyak masak, pembekal dan peruncit didenda RM30,000
Menyimpan minyak masak lebih daripada had kuantiti lesen berniaga barang kawalan berjadual iaitu 500kg.
4 lagi didakwa atas kesalahan sorok minyak masak - KPDNKK
Empat lagi peniaga didakwa minggu ini atas kesalahan menyorok bekalan minyak masak.
Lima peniaga sorok minyak akan didakwa Isnin
Lima peniaga akan didakwa di Mahkamah Isnin ini atas kesalahan menyorok minyak masak di premis masing-masing.